Antonov An-225

Antonov An-225 Mriya (Bahasa Ukraine: Антонов Ан-225 Мрія) merupakan pesawat terbesar di dunia yang dibuat oleh Perusahaan Antonov. Nama belakang pesawat ini, Mriya (Bahasa Ukraine: Мрія) bererti "mimpi" atau "inspirasi". Walau bagaimanapun, pesawat ini musnah pada Febuari 2022 akibat serangan Rusia terhadap lapangan terbang Hostomel dalam serangan Rusia ke atas Ukraine.[1] Susulan itu, pihak Rusia merancang untuk membayar pampasan untuk membina semula Antonov An-225.[2]Ketika dahulu, pesawat ini digunakan untuk mengangkut pesawat angkasa ulang alik Buran sebagai pengganti Myasishchev VM-T. Namun, seiring dengan pembubaran Soviet pada 1991 yang membawa kepada penghentian Buran pada 1993, pesawat ini tidak beroperasi selama hampir 8 tahun. Pada 2001, pesawat ini kembali digunakan sebagai kapal pengangkut berat dengan nombor penerbangan UR-82060 (sebelumnya СССР-82060).Pada asalnya, unit kedua pesawat pernah diusahakan. Namun hanya satu yang berjaya selesai dan digunakan (UR-82060), sedangkan yang kedua dijadualkan siap pada 2008 lalu ditunda. Pada Ogos 2009, pesawat kedua masih tidak siap lalu ditinggalkan.

Antonov An-225

Status Hancur
Penerbangan sulung 21 Desember 1988
Pengguna utama Antonov Airlines (1)
Dibangunkan dari Antonov An-124
Direka oleh Antonov
Peranan Pesawat kargo
Jumlah dibina Satu
Dikeluarkan 1988
Pengeluar Antonov